Tuesday, July 12, 2011

Kembara bersama JASA UIAM mencetus revolusi minda


Kenangan dalam perjuangan merentasi hutan kira-kira 45 minit hingga 1 jam menuju ke kampung Tohor, Jelebu, Negeri Sembilan bersama keluarga JASA UIAM sangat memberi kesan kepada diri. Pelbagai pengalaman yang diperolehi walaupun hanya menjadi AJK Catering, tetapi keseronokan sangat dirasai dengan kemeriahan yang buat oleh family JASA. Pengalaman pertama menyertai JASA, berasa diri ini penuh kekurangan kerana berasa rendah diri apabila berdepan dengan orang-orang yang hebat, tetapi lama-kelamaan perasaan itu hilang kerana mereka langsung tiada rasa saya ini orang yang asing bagi mereka dan seolah-olah kami telah lama kenal. Itulah satu-satu saat yang sangat saya kagum dengan family JASA.

Berbalik kepada program, dalam menjalankan program ini pula, semua ahli JASA boleh dianggap profesional kerana dapat menjalankan tugas dengan baik walaupun mempunyai macam-macam halangan. Mereka sentiasa mempunyai perancangan awal plan A, B, dan C. Itulah yang dikatakan prancangan yang sistematik. Saya berasa sangat bertuah kerana dapat bersama-sama menimba pengalaman bersama mereka. Menuju keperkampungan orang asli, pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan selama 5 hari berkampung disana.

Group kedua berangkat ke Kg. Tohor

Menaiki Trak Hilux Putih yang telah diubah suai.. =) 

 Aktiviti bersama anak-anak penduduk Kg. Tohor..

Sangat seronok apabila bersama geng Catering iaitu Atuk (Rizwan), Nenek (Asyikin), Along (Ruham), Kak Lang (Nadirah), Kak Chik (Atirah), Kak Uda (Hawa), Adik (Zhafirin) dan saya sebagai Abang Ngah. Semua sporting, sangat gembira bersama mereka. Bila teringat kembali, seakan-akan ingin mengalir air mata kerana rindukan suasana itu berulang kembali.



Inilah gambar kenang-kenangan bersama Orang Kampung Tohor dengan Family JASA, masa ni saya tak ada sebab sibuk kat tempat masak... =)

"HIDUP UNTUK MATI"   - itulah kata-kata Abg Ali (Trainer JASA)
Trainer paling mantop yang pernah saya kenali... =)

Akhir kata, terima kasih kepada semua warga JASA.... bak kata Rizwan semoga ukhwah kita berkekalan dunia dan akhirat... InsyaAllah.. Jumpa lagi di program yang akan datang.

No comments:

Post a Comment