Thursday, December 27, 2012

Lirik Iman Aman - Inteam


Inteam – Iman Aman

Tuhan
Gelora dunia
Mengundang resah
Menyulam seksa

Fitnah bersengketa
Jadi mainan
Manusia lari dari ajaran agama suci
Memilih haluan bermusuhan

Petunjuk iman disisihkan
Bukan lagi rujukan
Nikmat keamanan dunia
Gersang sekali

Di mana mujahid
Yang cintakan keamanan
Kembalikan nafas jihad
Semarakkan kesedaran ummat

(Korus)
Marilah berdakwah berjuang satukan hati
Tarbiyah berilmu beriman murnikan budi
Berjuang berkorban beramal sucikan diri
Inilah nilaian pejuang yang dicari

Keamanan mekar segar
Bersendikan pohon iman
Ayuh sedia wahai pejuang
Jika mahu ambil pengajaran

(Ulang korus)

Betapa indahnya imannya
Merendang teduh
Hamparan di taman buana
Bernama aman



Lagu: Dakmie
lirik: B.Nury (Ustaz Sohibul Fadhil - ketua Munsyid Malaysia)


Lirik Jatuh Bangun - Inteam


Duhai Tuhan ku,
Jatuh bangun ku Mehamba Mu,
Kadang Cinta Kadang Melupa,
Tegaku menyiksa hidup sendiri...

Duhai Tuhan ku,
Untuk yang kesekian kali,
Ku bersujud meminta kembali,
Hati yang dipijar indah Cinta MU...

Tuhan.. Aku tanpa MU,
Hidupku menderita,
Sunyi Hati Kelam Jiwa,
Bagai terpenjara...

Tuhan... Biarkan kini,
Aku dalam Rahmat-MU,
Meski jatuh dan terbangun,
ku tetap bertahan...

Tajuk lagu: Jatuh Bangun
Artis: Inteam
Lagu/Lirik: Aden Edcoustik




Thursday, January 5, 2012

DEFINISI DAKWAH MENGIKUT PENDAPAT TOKOH-TOKOH ISLAM


Pengertian dakwah mempunyai beberapa pengertian dan istilah, perkataan dakwah berasal daripada bahasa Arab. Antara pengertian dakwah yang biasa kita fahami ialah seperti meminta tolong, beribadat, memandu, menjemput, mengajak, memanggil, menyeru, dan melaung.[1] Dalam tafsiran mengikut ahli dakwah, perkataan tersebut mempunyai peristilahan dan maknanya yang tersendiri.[2]
            Muhammad al-Ghazali memberi penerangan istilah dakwah sebagai satu program (barnamij) yang lengkap, yang kesemua peringkatnya mengandungi semua ilmu pengetahuan yang menjadi satu keperluan kepada manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup dan bagi menyingkap panduan jalan yang menjadi petunjuk kepada mereka.[3]


            Dalam pengertian mengikut Dr. Yusuf al-Qaradawi pula, beliau mendefinisikan dakwah sebagai usaha membawa orang lain kepada agama Islam, supaya mengikut petunjuk agama ini, melaksanakan segala ketetapannya di muka bumi ini, mengkhususkan segala bentuk penghambaan diri, permohonan dan taat kepada Allah sahaja, melepaskan diri dari segala kongkongan yang bukan daripada Allah (taghut) yang terpaksa dipatuhi, memberi hak kepada orang lain yang ditentukan hak oleh Allah, menyeru kepada kebaikan dan mencegah segala kemungkaran, dan bejihad pada jalan-Nya.[4]
            Adam Abdullah al-Auri dalm kitabnya Tarikh al-Dakwah al-Islamiyah baina al-Ams ila al-Yaum menjelaskan bahawa dakwah ialah memalingkan pandangan dan pemikiran manusia kepada pandangan dan pemikiran yang berdasarkan akidah, kerana dakwah merupakan satu seruan bagi menyelamatkan manusia daripada kesesatan yang hampir-hampir meraka terjerumus ke dalamnya.[5]


            Dr. Abu al-Majd al-Sayyid Nawfal menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan dakwah itu ialah usaha golongan yang mempunyai kemampuan memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada sasaran untuk membawa mereka kepada Islam dan menjauhkan mereka daripada kepercayaan selain kepada Allah dengan cara-cara tertentu.[6]
            Dr. Ra’uf Shalabi menerangkan bahawa dakwah Islamiah itu ialah gerakan membawa atau mengubah masyarakat daripada keadaan kekufuran kepada keadaan keimanan, daripada keadaan kegelapan kepada keadaan cahaya dan daripada keadaan sempit kepada keadaan lapang, di dunia dan di akhirat.[7]
            Abu Ala’Al-Mawdudi menerangkan Dakwah adalah panggilan Ilahi dan Rasul mengajak manusia memiliki nilai-nilai suci dan agung. Dakwah adalah menghidupkan manusia, iaitu menghidupkan pancaindera, daya pemerhatian, daya rasa, daya ciptanya, menghidupkan dhamir, hati nurani dan bashirah. Menghidupkan manusia yang seimbang dari segi ilmu, iman dan amal. Ibadah, ikhtiar dan doa.[8]




[1] Ibn Manzur, Lisan al-‘Arab, Jil. 14, (Beirut: Dar Sadir). Hlm. 257-261
[2] Ab. Aziz Mohd. Zin, 1997, Pengantar Dakwah Islamiah, Kuala Lumpur, Universiti Malaya. Hlm. 1
[3] Muhammad al-Ghazali, 1981, Ma’a Allah (Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi. Hlm. 17
[4] Dr. Yusuf al-Qaradawi, 1978, Thaqafah al-Da’iyah, Beirut. Hlm. 5
[5] Adam Abdullah al-Aluri, 1989, Tarikh al-Dakwah al-Da’wah al-Islamiyah baina al-Ams ila al-Yaum, Kaherah: Maktabah Wahbah. Hlm. 17
[6] Dr. Abu al-Majd al-Sayyid Nawfal, 1977, al-Da’wah ila Allah Ta’ala: Khasaisuha Muqawimatuha Manahijuha. Hlm. 18
[7] Dr. Ra’uf Shalabi, 1982, Sikulugiyah al-Ra’I wa al-Da’wah, Kuwait: Dar al-Qalam. Hlm. 49