Saturday, November 12, 2011

Kerabat Mongol Yang Masuk Islam Dan Berjuang Mempertahankan Islam

Berke Khan (1257-1266)

Berke Khan adalah pemerintah dan panglima keturunan Mongol yang berkuasa di Golden Horde. Beliau adalah salah seorang anak lelaki kepada anak sulung Genghiz Khan, Joshi. Berke memeluk Islam melalui seorang ulama sufi, Saifuddin al-Darwish selepas satu dialog antara mereka berdua di Bukhara. Sepertimana datuk dan ayahnya yang bergitu toleransi terhadap pelbagai agama, Berke Khan menerima nasihat Saifuddin al-Darwish dengan hati terbuka. Dengan hidayah sudah sedia meresap ke dalam jiwanya, Berke Khan terus mengucap dua kalimah syahadah.


Susulan pemelukan Islam oleh Berke Khan, wilayah penguasaanya iaitu Golden Horde(Kazakhtan kini) telah bersinar syiar Islam. Berke Khan benar-benar menjiwai Islam apabila sanggup menentang kaumnya sendiri iaitu sepupunya, Hulagu Khan daripada terus membuat khianat kepada wilayah-wilayah Islam. Berke Khan dan ribuan tenteranya yang beragama Islam telah berjuang bersama-sama tentera Mamluk memerangi tentera Hulagu Khan dan panglima Kristiannya, Kitbuqa dalam Pertempuran Ain Jalut.


Dalam pertempuran itu, Kitbuqa yang menganut mazhab Nestorian telah terkorban. Susulan kekalahan tentera Hulagu Khan di Ain Jalut, keganasan Mongol terus beransur reda dan Islam terus berkembang di wilayah-wilayah yang dikuasai oleh Berke Khan.


Berke Khan adalah antara perintis utama kepada penyebaran agama Islam di wilayah-wilayah kekuasaan Mongolia.
Berke Khan
     

Tekuder (meninggal dunia pada 1284)

Beliau adalah panglima dan raja berketurunan Mongol. Beliau adalah anak kepada Hulegu Khan dan abang kandung kepada Abaqa Khan. Tekuder lahir sebagai seorang Kristian bermazhab Nestorian dengan nama Nicholas Tekuder Khan. Namun, ketika remaja, Tekuder memeluk agama Islam sepertimana yang berlaku kepada bapa saudaranya, Berke Khan dan sepupunya Nogai Khan. Selepas memeluk Islam, Tekuder telah menukar namanya kepada Ahmad Tekuder.


Pada tahun 1282, Tekuder telah menaiki takhta kerajaan Ilkhanate yang diwarisi oleh bapanya Hulegu Khan. Disebabkan beliau adalah seorang muslim, Tekuder menukar sistem monarki lama tinggalan bapanya kepada sistem monarki Islam. Beliau menggelarkan dirinya Sultan Ahmad. Beliau giat menyebarkan Islam di wilayah kekuasaanya.


Insiden ini bagaimanapun telah memberi tamparan hebat kepada anak saudaranya, Arghun Khan. Arghun Khan yang merupakan seorang Buddha telah meminta pertolongan Kublai Khan di China. Namun, ia segera dimurkai oleh Kublai Khan kerana Kublai Khan menganggap tali persaudaraan antara Tekuder dan dirinya masih dekat berikutan Kublai Khan dan bapa Tekuder, Hulegu adalah saudara kandung.


Arghun Khan kemudian secara bersendirian merampas takhta daripada Tekuder dengan bantuan saudara-saudara seagamanya. Berlawanan dengan Tekuder, Tekuder gagal meraih pertolongan secara total daripada Kerajaan Mamluk di Mesir sehingga Tekuder hampir bersendirian menentang Arghun Khan. Tekuder kemudian syahid di tangan anak saudaranya sendiri selepas dihukum pancung pada 10 Ogos 1824.

Tekuder Khan menerima kunjungan daripada duta.

 

Nogai Khan (meninggal dunia pada 1299)

Beliau adalah panglima dan pemerintah berketurunan Mongol. Susur galur keturunannya sampai kepada Genghiz Khan melalui ayahnya yang juga anak ke-7 Joshi. Joshi adalah anak lelaki paling tua kepada Genghiz Khan. Beliau juga dikenali dengan Isa Nogai.


Nogai memeluk agama Islam melalui bapa saudaranya, Berke Khan. Waktu paling tepat beliau memeluk Islam tidak dipastikan tetapi besar kemungkinan pada sekitar tahun 1250-an.


Selepas memeluk Islam, Nogai Khan telah berjuang menyebar Islam di samping meluaskan empayar Mongol milik keturunannya. Nogai Khan diingati sebagai seorang panglima yang berusaha memasuki wilayah-wilayah di Eropah bersama-sama tentera-tentera Mongolnya. Antara negara Eropah yang pernah diperanginya adalah Poland(1259 and 1287),Lithuania (1259, 1275 dan 1277), Byzantine(1265, 1324 dan 1337), Bulgaria (1242, 1271, 1274, 1280 dan 1285), Kingdom of Hungary (1280-an), Serbia (1293).

Pertempuran antara Nogai Khan dan Toqta Khan.

Sumber: https://takusahrisau.wordpress.com/tag/berke-khan/