Tuesday, July 12, 2011

Kembara bersama JASA UIAM mencetus revolusi minda


Kenangan dalam perjuangan merentasi hutan kira-kira 45 minit hingga 1 jam menuju ke kampung Tohor, Jelebu, Negeri Sembilan bersama keluarga JASA UIAM sangat memberi kesan kepada diri. Pelbagai pengalaman yang diperolehi walaupun hanya menjadi AJK Catering, tetapi keseronokan sangat dirasai dengan kemeriahan yang buat oleh family JASA. Pengalaman pertama menyertai JASA, berasa diri ini penuh kekurangan kerana berasa rendah diri apabila berdepan dengan orang-orang yang hebat, tetapi lama-kelamaan perasaan itu hilang kerana mereka langsung tiada rasa saya ini orang yang asing bagi mereka dan seolah-olah kami telah lama kenal. Itulah satu-satu saat yang sangat saya kagum dengan family JASA.

Berbalik kepada program, dalam menjalankan program ini pula, semua ahli JASA boleh dianggap profesional kerana dapat menjalankan tugas dengan baik walaupun mempunyai macam-macam halangan. Mereka sentiasa mempunyai perancangan awal plan A, B, dan C. Itulah yang dikatakan prancangan yang sistematik. Saya berasa sangat bertuah kerana dapat bersama-sama menimba pengalaman bersama mereka. Menuju keperkampungan orang asli, pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan selama 5 hari berkampung disana.

Group kedua berangkat ke Kg. Tohor

Menaiki Trak Hilux Putih yang telah diubah suai.. =) 

 Aktiviti bersama anak-anak penduduk Kg. Tohor..

Sangat seronok apabila bersama geng Catering iaitu Atuk (Rizwan), Nenek (Asyikin), Along (Ruham), Kak Lang (Nadirah), Kak Chik (Atirah), Kak Uda (Hawa), Adik (Zhafirin) dan saya sebagai Abang Ngah. Semua sporting, sangat gembira bersama mereka. Bila teringat kembali, seakan-akan ingin mengalir air mata kerana rindukan suasana itu berulang kembali.



Inilah gambar kenang-kenangan bersama Orang Kampung Tohor dengan Family JASA, masa ni saya tak ada sebab sibuk kat tempat masak... =)

"HIDUP UNTUK MATI"   - itulah kata-kata Abg Ali (Trainer JASA)
Trainer paling mantop yang pernah saya kenali... =)

Akhir kata, terima kasih kepada semua warga JASA.... bak kata Rizwan semoga ukhwah kita berkekalan dunia dan akhirat... InsyaAllah.. Jumpa lagi di program yang akan datang.

Monday, February 7, 2011

Tempat tinggal Iblis



Anas bin Malik R.A. berkata, iblis telah bertanya kepada Allah, katanya, "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepada Mu. Oleh itu, tunjukkanlah tempat kediaman untukku." Firman Allah, "Tempat kediaman kamu ialah di dalam tandas."


Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam berkumpul di masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?" Firman Allah, "Tempat untukmu berkumpul ialah di pasar-pasar, pusat membeli belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat."

Wahai Tuhanku! Engkau berikan anak Adam itu kitab (Al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?" Firman Allah, "Bahan bacaanmu ialah syair dan sajak yang melalaikan."

Wahai Tuhanku! Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita yang benar, apakah pula cerita bagiku?" Firman Allah, "Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta"

Wahai Tuhanku! Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk memanggil orang sembahyang, apa pula azan untukku?" Firman Allah, "Azan untukmu ialah seruling."



Wahai Tuhanku! Engkau telah menghantar utusanMu dari para Rasul dan juga Nabi, siapakah yang menjadi utusanku?" Firman Allah, "Para utusanmu terdiri daripada bomoh, tabib, dan dukun yang menduakan Aku."

Wahai Tuhanku! Engkau telah berikan kitab suci al-Quran yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan untukku?" Firman Allah, "Tulisan untukmu ialah tatu gincu serta lukisan pada badan."

Wahai Tuhanku! Engkau berikan anak Adam itu perangkap, apakah pula perangkap untukku?" Firman Allah, "Perangkap bagimu ialah wanita."

Ya Tuhanku! Engkau telah berikan mereka minuman untukku?" Firman Allah, "Minuman ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebut namaku padanya."

Sumber: Himpunan Tazkirah & Kisah-kisah teladan ( Wan Iqbal Afdal bin Wan Abdul Hamid) hlm. 21&22