Thursday, December 27, 2012

Lirik Iman Aman - Inteam


Inteam – Iman Aman

Tuhan
Gelora dunia
Mengundang resah
Menyulam seksa

Fitnah bersengketa
Jadi mainan
Manusia lari dari ajaran agama suci
Memilih haluan bermusuhan

Petunjuk iman disisihkan
Bukan lagi rujukan
Nikmat keamanan dunia
Gersang sekali

Di mana mujahid
Yang cintakan keamanan
Kembalikan nafas jihad
Semarakkan kesedaran ummat

(Korus)
Marilah berdakwah berjuang satukan hati
Tarbiyah berilmu beriman murnikan budi
Berjuang berkorban beramal sucikan diri
Inilah nilaian pejuang yang dicari

Keamanan mekar segar
Bersendikan pohon iman
Ayuh sedia wahai pejuang
Jika mahu ambil pengajaran

(Ulang korus)

Betapa indahnya imannya
Merendang teduh
Hamparan di taman buana
Bernama aman



Lagu: Dakmie
lirik: B.Nury (Ustaz Sohibul Fadhil - ketua Munsyid Malaysia)


Lirik Jatuh Bangun - Inteam


Duhai Tuhan ku,
Jatuh bangun ku Mehamba Mu,
Kadang Cinta Kadang Melupa,
Tegaku menyiksa hidup sendiri...

Duhai Tuhan ku,
Untuk yang kesekian kali,
Ku bersujud meminta kembali,
Hati yang dipijar indah Cinta MU...

Tuhan.. Aku tanpa MU,
Hidupku menderita,
Sunyi Hati Kelam Jiwa,
Bagai terpenjara...

Tuhan... Biarkan kini,
Aku dalam Rahmat-MU,
Meski jatuh dan terbangun,
ku tetap bertahan...

Tajuk lagu: Jatuh Bangun
Artis: Inteam
Lagu/Lirik: Aden Edcoustik




Thursday, January 5, 2012

DEFINISI DAKWAH MENGIKUT PENDAPAT TOKOH-TOKOH ISLAM


Pengertian dakwah mempunyai beberapa pengertian dan istilah, perkataan dakwah berasal daripada bahasa Arab. Antara pengertian dakwah yang biasa kita fahami ialah seperti meminta tolong, beribadat, memandu, menjemput, mengajak, memanggil, menyeru, dan melaung.[1] Dalam tafsiran mengikut ahli dakwah, perkataan tersebut mempunyai peristilahan dan maknanya yang tersendiri.[2]
            Muhammad al-Ghazali memberi penerangan istilah dakwah sebagai satu program (barnamij) yang lengkap, yang kesemua peringkatnya mengandungi semua ilmu pengetahuan yang menjadi satu keperluan kepada manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup dan bagi menyingkap panduan jalan yang menjadi petunjuk kepada mereka.[3]


            Dalam pengertian mengikut Dr. Yusuf al-Qaradawi pula, beliau mendefinisikan dakwah sebagai usaha membawa orang lain kepada agama Islam, supaya mengikut petunjuk agama ini, melaksanakan segala ketetapannya di muka bumi ini, mengkhususkan segala bentuk penghambaan diri, permohonan dan taat kepada Allah sahaja, melepaskan diri dari segala kongkongan yang bukan daripada Allah (taghut) yang terpaksa dipatuhi, memberi hak kepada orang lain yang ditentukan hak oleh Allah, menyeru kepada kebaikan dan mencegah segala kemungkaran, dan bejihad pada jalan-Nya.[4]
            Adam Abdullah al-Auri dalm kitabnya Tarikh al-Dakwah al-Islamiyah baina al-Ams ila al-Yaum menjelaskan bahawa dakwah ialah memalingkan pandangan dan pemikiran manusia kepada pandangan dan pemikiran yang berdasarkan akidah, kerana dakwah merupakan satu seruan bagi menyelamatkan manusia daripada kesesatan yang hampir-hampir meraka terjerumus ke dalamnya.[5]


            Dr. Abu al-Majd al-Sayyid Nawfal menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan dakwah itu ialah usaha golongan yang mempunyai kemampuan memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada sasaran untuk membawa mereka kepada Islam dan menjauhkan mereka daripada kepercayaan selain kepada Allah dengan cara-cara tertentu.[6]
            Dr. Ra’uf Shalabi menerangkan bahawa dakwah Islamiah itu ialah gerakan membawa atau mengubah masyarakat daripada keadaan kekufuran kepada keadaan keimanan, daripada keadaan kegelapan kepada keadaan cahaya dan daripada keadaan sempit kepada keadaan lapang, di dunia dan di akhirat.[7]
            Abu Ala’Al-Mawdudi menerangkan Dakwah adalah panggilan Ilahi dan Rasul mengajak manusia memiliki nilai-nilai suci dan agung. Dakwah adalah menghidupkan manusia, iaitu menghidupkan pancaindera, daya pemerhatian, daya rasa, daya ciptanya, menghidupkan dhamir, hati nurani dan bashirah. Menghidupkan manusia yang seimbang dari segi ilmu, iman dan amal. Ibadah, ikhtiar dan doa.[8]




[1] Ibn Manzur, Lisan al-‘Arab, Jil. 14, (Beirut: Dar Sadir). Hlm. 257-261
[2] Ab. Aziz Mohd. Zin, 1997, Pengantar Dakwah Islamiah, Kuala Lumpur, Universiti Malaya. Hlm. 1
[3] Muhammad al-Ghazali, 1981, Ma’a Allah (Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi. Hlm. 17
[4] Dr. Yusuf al-Qaradawi, 1978, Thaqafah al-Da’iyah, Beirut. Hlm. 5
[5] Adam Abdullah al-Aluri, 1989, Tarikh al-Dakwah al-Da’wah al-Islamiyah baina al-Ams ila al-Yaum, Kaherah: Maktabah Wahbah. Hlm. 17
[6] Dr. Abu al-Majd al-Sayyid Nawfal, 1977, al-Da’wah ila Allah Ta’ala: Khasaisuha Muqawimatuha Manahijuha. Hlm. 18
[7] Dr. Ra’uf Shalabi, 1982, Sikulugiyah al-Ra’I wa al-Da’wah, Kuwait: Dar al-Qalam. Hlm. 49

Tuesday, December 20, 2011

MAKA CELAKALAH BAGI ORANG YANG SOLAT [AL-MAA'UN, 107: 4]



“Sejahat-jahat pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya. Para sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, bagaimana ia mencuri dalam solatnya?” Baginda menjawab : “Ia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.” (HR Ahmad).

Suatu hari, selesai solat berjamaah, Rasulullah duduk bersama para sahabatnya di salah satu sudut masjid.

Tiba-tiba datang seorang laki-laki ke sebuah sudut lain dan langsung mengerjakan solat sendirian. Dalam solatnya orang itu ruku' dan sujud dengan cara seperti mematuk-matuk (sekejap-sekejap) kerana terburu-buru.
Melihat hal itu, kemudian Rasulullah berkata kepada para sahabatnya :

“Apakah kalian menyaksikan orang ini? Barang siapa meninggal dalam keadaan [solatnya] seperti ini, maka ia meninggal di luar agama Muhammad” Nabi Saw kemudian memperumpamakan orang itu seperti burung gagak yang sedang mematuk darah dan seperti orang lapar yang hanya makan sebutir atau dua butir kurma.” Bagaimana ia boleh kenyang?” , tanya baginda.

Sikap terburu-buru dalam solat, hingga merosak gerakan dan makna solat, termasuk perbuatan dosa. Hal itu sama saja dengan memusnahkan thoma'ninah yang merupakan salah satu rukun solat. Padahal, tidak ada solat tanpa melengkapi rukun-rukunnya.


Maka kecelakanlah bagi orang-orang yang solat
[ Surah Maa'uun : 4 ] 

Jadi, dengan tidak dipenuhinya thoma'ninah, solat bukan sekadar tidak sah, tetapi solat itu dianggap tidak ada. Allah bahkan mengancam orang-orang yang solatnya seperti itu dengan kutukan bahawa mereka akan celaka. Sebabnya, dengan meninggalkan thoma'ninah, mereka sudah lalai dalam solat.



Mengapa Allah dan Nabi saw mencela dan mengancam perbuatan itu, sampai disamakan dengan mencuri? Sebab, solat adalah hubungan batin antara hamba dan Tuhannya. Hubungan khusus itu mengandung makna penghambaan dan penghormatan kepada Pemilik kehidupan, Allah yang Maha Agung.

Membuang thoma'ninah merupakan bukti bahwa orang yang melakukan solat itu tidak sungguh-sungguh dalam melakukan penghormatan terhadap Allah, bahkan hal itu juga termasuk penghinaan.

Dalam hubungan antara sesama manusia saja terdapat budaya sopan santun, terutama terhadap yang lebih tinggi kemuliaannya. Justeru, apatah lagi terhadap Allah yang telah memberikan kepada manusia segala kenikmatan dalam kehidupannya.

Sumber: Syukbah Dakwah dan Pendidikan, Masjid Negeri Sabah.

Saturday, November 12, 2011

Kerabat Mongol Yang Masuk Islam Dan Berjuang Mempertahankan Islam

Berke Khan (1257-1266)

Berke Khan adalah pemerintah dan panglima keturunan Mongol yang berkuasa di Golden Horde. Beliau adalah salah seorang anak lelaki kepada anak sulung Genghiz Khan, Joshi. Berke memeluk Islam melalui seorang ulama sufi, Saifuddin al-Darwish selepas satu dialog antara mereka berdua di Bukhara. Sepertimana datuk dan ayahnya yang bergitu toleransi terhadap pelbagai agama, Berke Khan menerima nasihat Saifuddin al-Darwish dengan hati terbuka. Dengan hidayah sudah sedia meresap ke dalam jiwanya, Berke Khan terus mengucap dua kalimah syahadah.


Susulan pemelukan Islam oleh Berke Khan, wilayah penguasaanya iaitu Golden Horde(Kazakhtan kini) telah bersinar syiar Islam. Berke Khan benar-benar menjiwai Islam apabila sanggup menentang kaumnya sendiri iaitu sepupunya, Hulagu Khan daripada terus membuat khianat kepada wilayah-wilayah Islam. Berke Khan dan ribuan tenteranya yang beragama Islam telah berjuang bersama-sama tentera Mamluk memerangi tentera Hulagu Khan dan panglima Kristiannya, Kitbuqa dalam Pertempuran Ain Jalut.


Dalam pertempuran itu, Kitbuqa yang menganut mazhab Nestorian telah terkorban. Susulan kekalahan tentera Hulagu Khan di Ain Jalut, keganasan Mongol terus beransur reda dan Islam terus berkembang di wilayah-wilayah yang dikuasai oleh Berke Khan.


Berke Khan adalah antara perintis utama kepada penyebaran agama Islam di wilayah-wilayah kekuasaan Mongolia.
Berke Khan
     

Tekuder (meninggal dunia pada 1284)

Beliau adalah panglima dan raja berketurunan Mongol. Beliau adalah anak kepada Hulegu Khan dan abang kandung kepada Abaqa Khan. Tekuder lahir sebagai seorang Kristian bermazhab Nestorian dengan nama Nicholas Tekuder Khan. Namun, ketika remaja, Tekuder memeluk agama Islam sepertimana yang berlaku kepada bapa saudaranya, Berke Khan dan sepupunya Nogai Khan. Selepas memeluk Islam, Tekuder telah menukar namanya kepada Ahmad Tekuder.


Pada tahun 1282, Tekuder telah menaiki takhta kerajaan Ilkhanate yang diwarisi oleh bapanya Hulegu Khan. Disebabkan beliau adalah seorang muslim, Tekuder menukar sistem monarki lama tinggalan bapanya kepada sistem monarki Islam. Beliau menggelarkan dirinya Sultan Ahmad. Beliau giat menyebarkan Islam di wilayah kekuasaanya.


Insiden ini bagaimanapun telah memberi tamparan hebat kepada anak saudaranya, Arghun Khan. Arghun Khan yang merupakan seorang Buddha telah meminta pertolongan Kublai Khan di China. Namun, ia segera dimurkai oleh Kublai Khan kerana Kublai Khan menganggap tali persaudaraan antara Tekuder dan dirinya masih dekat berikutan Kublai Khan dan bapa Tekuder, Hulegu adalah saudara kandung.


Arghun Khan kemudian secara bersendirian merampas takhta daripada Tekuder dengan bantuan saudara-saudara seagamanya. Berlawanan dengan Tekuder, Tekuder gagal meraih pertolongan secara total daripada Kerajaan Mamluk di Mesir sehingga Tekuder hampir bersendirian menentang Arghun Khan. Tekuder kemudian syahid di tangan anak saudaranya sendiri selepas dihukum pancung pada 10 Ogos 1824.

Tekuder Khan menerima kunjungan daripada duta.

 

Nogai Khan (meninggal dunia pada 1299)

Beliau adalah panglima dan pemerintah berketurunan Mongol. Susur galur keturunannya sampai kepada Genghiz Khan melalui ayahnya yang juga anak ke-7 Joshi. Joshi adalah anak lelaki paling tua kepada Genghiz Khan. Beliau juga dikenali dengan Isa Nogai.


Nogai memeluk agama Islam melalui bapa saudaranya, Berke Khan. Waktu paling tepat beliau memeluk Islam tidak dipastikan tetapi besar kemungkinan pada sekitar tahun 1250-an.


Selepas memeluk Islam, Nogai Khan telah berjuang menyebar Islam di samping meluaskan empayar Mongol milik keturunannya. Nogai Khan diingati sebagai seorang panglima yang berusaha memasuki wilayah-wilayah di Eropah bersama-sama tentera-tentera Mongolnya. Antara negara Eropah yang pernah diperanginya adalah Poland(1259 and 1287),Lithuania (1259, 1275 dan 1277), Byzantine(1265, 1324 dan 1337), Bulgaria (1242, 1271, 1274, 1280 dan 1285), Kingdom of Hungary (1280-an), Serbia (1293).

Pertempuran antara Nogai Khan dan Toqta Khan.

Sumber: https://takusahrisau.wordpress.com/tag/berke-khan/

Sunday, October 30, 2011

Sultan Muzaffar Saifuddin Qutuz, Pahlawan Perang Ain Jalut (25 Ramadhan 658H / 3 September 1260M)

Di 10 hari yang terakhir dalam bulan Ramadhan, kita sering diingatkan dengan satu malam, iaitu malam yang menyamai 1000 bulan. Pastinya akan muncul ramai pemburu- pemburu Lailatul Qadar di 10 malam yang terkahir ini. Barangsiapa beribadah pada malam tersebut, maka akan tercatit amalannya seumpama dia membuat amalan selama 1000 bulan, Maha Agung dan Maha Kasihnya Allah yang tiada tuhan selainnya menganugerahkan hadiah sebegini untuk diraih oleh umat Muhammad. Semoga kita semua melipatgandakan amalan kita di penghujung Ramadhan ini dan seterusnya pada bulan – bulan yang lain. Kali ini, kami ingin mengajak para pembaca sekalian , agar sama- sama mengimbas kembali sejarah generasi terdahulu dimana hidup mereka penuh dengan amalan kebaikan dan tunduk patuh kepada perintah Allah. Mereka melakukan kewajipan jihad, sebagaimana mereka melaksanakan kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan.

Apa yang ingin kami kongsikan disini kali ini ialah tentang satu peristiwa yang agung dalam peradaban Islam. Peristiwa di mana umat Islam bersatu menentang tentera Tartar dari Mongolia dan mengalahkan mereka. Kebanyakan ahli sejarah berpendapat bahawa perang ini merupakan satu titik perubahan (turning point) bagi kebiadapan dan kerakusan tentera Mongol yang menghabisi segala apa yang mereka lalui dari timur ke barat dan akhirnya kemaraan mereka ditamatkan oleh tentera- tentera Allah di Ain Jalut.

Hulagu Khan, pewaris tahta Gengis Khan

Empayar Mongol diasaskan oleh Genghis Khan pada abad ke-13 M.Genghis Khan bercita- cita untuk meluaskan empayarnya dari timur ke barat dan meranapkan apa sahaja yang menghalang mereka dari mencapai cita- cita tersebut. Kempen invensi mereka bermula dengan menakluki beberapa negara di sekitarMongolia dan mereka terus mara ke sebelah timur yang dikuasai oleh umat Islam. Malangnya cita- citaGenghis Khan untuk melihat empayarnya terbentang luas dari timur ke barat tidak kesampaian apabila nyawanya telah dicabut oleh Allah, setelah beliau jatuh dari kuda tunggangannya. Namun begitu, pada 1251M, Hulagu Khan iaitu cucu kepada Genghis Khan setelah dilantik menjadi pewaris takhta empayar Mongol, berjanji untuk meneruskan cita- cita datuknya untuk menguasai seluruh penjuru dunia.

Untuk merealisasikan impian ini, Hulagu Khan mengumpul kekuatan tenteranya di Asia Tengah selama 2 tahun sebelum melancarkan serangan ke atas umat Islam yang bernaung di bawah keKhilafahan Abasiyyah. Pada tahun 1253M, hulagu Khan mula melakukan ekspedisi penaklukan ke atas wilayah Khilafah Abasiyyah. Tentera yang telah menakluk 200 kota dalam masa hanya 2 tahun ini dan mampu bergerak sejauh 100 batu dalam masa satu hari serta memiliki peralatan peperangan yang canggih, hasil daripada invensi jurutera- jurutera perang mereka, akhirnya telah berjaya menusuk masuk ke jantung Khilafah Abasiyyah. Akhirnya pada tahun 1258M, Baghdad, iaitu ibu kota Khilafah Abasiyyah jatuh ke tangan tentera Tartar.
 
Kejatuhan Baghdad & Surat Hulagu Khan

Kejatuhan Baghdad merupakan satu peristiwa yang sangat tragis dalam sejarah umat manusia. Setelah berjaya mengalahkan tentera- tentera Khilafah, tentera Monggol dengan biadapnya membunuh seramai 1.8 juta kaum muslimin yang berada di kota Baghdad. Juga tidak ketinggalan, Khalifah umat Islam turut dibunuh dengan kejam. Selama 3 tahun setengah, umat Islam hidup tanpa Khalifah. Ada ahli sejarah menukilkan bagaimana si Hulagu Khan ini melakukan pembunuhan terhadap khalifah dengan cara memasukkan khalifah di dalam gulungan permaidani dan memijak dengan kudanya. Tidak cukup dengan itu, tentera Tartar yang biadap ini memusnahkan banyak kitab- kitab karangan cendiakawan- cendiakawan di Baghdad dengan mencampakkannya ke dalam laut sehingga air laut bertukar kehitaman akibat banyaknya kitab- kitab tersebut.

Hulagu Khan tidak berhenti di sini sahaja. Setelah berjaya menakluki Baghdad, dia mengutuskan deligasi Mongol ke Mamluk Mesir, iaitu Sultan Muzaffar Saifuddin Qutuz. Deligasi ini datang dengan membawa surat dari Hulagu Khan. Surat Hulagu Khan ini berbunyi :

Dari Raja Segala Raja di Timur dan Di Barat, Khan Yang Agung Kepada Qutuz si Mamluk yang lari dari pedang-pedang kami!

Kamu seharusnya berfikir mengenai apa yang telah berlaku ke atas negara-negara yang lain dan menyerah kepada kami. Kamu telahpun mendapat khabar berita bagaimana kami telah menawan empayar yang begitu besar, menyucikan bumi ini dari kerosakan yang mencacatkannya. Kami telah menawan kawasan yang luas dan membunuh semua manusia dengan kejam. Kamu tidak akan terlepas dari kerakusan dan kekejaman tentera kami!

Ke mana lagi kamu ingin lari? Jalan mana lagi yang kamu akan gunakan untuk melepaskan diri dari kami? Kuda-kuda kami berlari kencang, anak-anak panah kami tajam, pedang-pedang kami bagaikan guruh yang menakutkan, hati-hati kami keras bagaikan gunung ganang, askar-askar kami banyak tak terbilang. Benteng-benteng kukuh tidak akan dapat menghalang kami, senjata-senjata tidak akan dapat membendung kami. Doa kamu tidak akan membawa apa-apa pengertian ke atas kami. Kesedihan dan ratapan tidak kami pedulikan. Hanya mereka yang merayu untuk perlindungan kami akan selamat.

Bersegeralah dalam membalas surat ini sebelum api peperangan bermula. Jika kamu melawan, maka barang pasti kamu akan menderita dan tersiksa dengan kehancuran yang dahsyat. Kami akan menghancurkan masjid-masjid kamu dan mendedahkan kelemahan Tuhan kamu. Kemudian kami akan membunuh anak-anak kamu dan orang-orang tua di kalangan kamu.

Kini, hanya kamulah satu-satunya musuh yang perlu kami hadapi.

Setelah menerima surat tersebut, Saifuddin Qutuz tidak gentar sedikitpun. Malah beliau dengan berani menempelak deligasi tersebut dan membunuh mereka dan kepala mereka di gantung di pintu kota Mesir. (Nota : Islam tidak membenarkan membunuh deligasi asing yang diutuskan. Kebanyakan ahli sejarah menyatakan bahawa tujuan kedatangan deligasi tersebut bukanlah sekadar menghantar surat Hulagu Khan semata- mata, tetapi telah bertindak sebagai mata- mata tentera Tartar).


Maranya Tentera- Tentera AllahSaifuddin Qutuz mula mengumpulkan tenteranya dan akhirnya tenteranya mencecah seramai 20 000orang tentera. Mereka telah bermesyuarat dan akhirnya mereka memutuskan untuk meyerang tentera Mongol di luar kota Mesir iaitu melakukan tindakan offensif terhadap tentera Mongol. Tentera- tentera Allah ini mula bergerak ke luar kota Mesir menuju ke arah Palestin dan bertembung dengan tentera Tartar yang diketuai komandernya, Kitbuqa di Ain Jalut. Maka berlakulah peperangan yang amat dahsyat antara kedua- dua belah pihak. Semasa peperangan sedang sengit berlaku, Saifuddin Qutuz membuka topeng besinya dan menunggang kuda menuju ke tengah medan pertempuran dan memberi motivasi kepada tenteranya agar berjuang habis- habisan dan memburu syurga Allah. Beliau bertakbir beberapa kali dan terus meluru ketengah- tengah musuh.

Semasa perang Ain Jalut, isteri Sultan Saifudin Qutuz, iaitu Jullanar turut menyertainya. Ketika Jullanar sedang nazak, Saifudin Qutuz memapahnya dan berkata : ”Wahai Kekasihku”. Jullanar membalas dengan berkata : ”Wahai Saifuddin, lebihlah kasih kamu terhadap Islam”. Setelah itu, Saifuddin Qutuz terus mara ke medan tempur dan akhirnya pada hari Jumaat, 25 Ramadhan 658H, bersamaan dengan 3 September 1260M tentera- tentera Allah ini telah memperoleh kemenangan ke atas tentera Tartar di Ain Jalut. Tentera Tartar yang tidak pernah terkalahkan ini (sekiranya kalah dibeberapa medan perang, mereka akan mampu menebus balik kekalahan mereka), akhirnya tersungkur dihadapan mata pedang kaum muslimin dan tidak mampu menebus kembali kekalahan mereka di Ain Jalut.


Khatimah

Apa yang ingin kami bingkiskan disini bukanlah hanya peristiwa sejarah semata- mata. Tetapi yang lebih utama ialah supaya kita semua mengambil ibrah (pengajaran) daripada peristiwa yang berlaku. Sekiranya Sultan Muzaffar Saifuddin Qutuz bersama- sama dengan tenteranya sejumlah 20 000 orang mara kehadapan menentang satu ketumbukan tentera yang tak pernah kalah di bulan Ramadhan, sepatutnya ia sudah cukup memberi isyarat kepada kita bahawa bulan Ramadhan bukanlah bulan yang hanya semata- mata bulan ruhiyyah semata- mata, tetapi juga merupakan bulan siyasah (politik). Ketaatan dan kepatuhan kita menunaikan ibadah puasa sepatutnya sama dengan kepada ketaatan dan kepatuhan kita untuk melaksanakan seluruh ajaran Islam, termasuklah jihad dalam menghadapi musuh- musuh Allah.

Dalam menghadapi musuh- musuh Allah ini, sudah pastinya kita memerlukan satu kekuatan yang amat padu dari segenap aspek dan satu perpaduan yang amat utuh yang lahir dari aqidah yang satu iaitu Islam. Umat Islam yang kira- kira seramai 1.6 billion merupakan sumber tenaga manusia yang sangat besar. Sekiranya sumber- sumber ini disatukan dan difokuskan oleh seorang Khalifah, pastinya akan menghasilkan satu kekuatan besar dan peradaban Islam yang sangat agung. Ini bukanlah satu dongengan dan omong- omong kosong semata- mata, tetapi sejarah telah membuktikan hasilnya. Umat yang satu ini, pastinya akan mampu memakmurkan muka bumi ini sekiranya Islam diterapkan ditengah- tengah kehidupan mereka. Islam dijadikan ideologi dan menjadi penggerak kepada seluruh tindak tanduk umat yang satu ini dan bukannya dengan ideologi selainnya.

Sumber : http://www.mykhilafah.com
 
Copy paste dari : 
http://the-dark-knights.blogspot.com/2009/04/sultan-muzaffar-saifuddin-qutuz.html  

Thursday, October 13, 2011

5 Sebab Kenapa Bersolat



Solat merupakan tiang agama, apabila kita meninggalkan solat, maka runtuhlah agama. Solat adalah suruhan atau perintah daripada Tuhan Semesta Alam iaitu Allah SWT. Sepertimana yang kita ketahui, Rasulullah SAW mengarahkan ibu bapa supaya mendidik anak-anak mereka bersolat dalam lingkungan umur anak-anak itu 7 tahun dan apabila anak-anak tersebut memasuki umur 10 tahun, Rasulullah SAW memukul anak-anak mereka atas tujuan mendidik. Firman Allah dalam surah Taha ayat 132, yang bermaksud:
"Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun dan bersabar dalam menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu, dan (ingatlah!) kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa."


 Dengan yang demikian, melalui menyempurnaan solat dengan tekun dan khusyuk serta melaksanakan dengan memenuhi syarat-syarat solat dapat membina diri dalam pembentukan jati diri seorang muslim.

Peranan Solat:
1. SOLAT MENJADI BUKTI PENGABDIAN DIRI KEPADA ALLAH SWT.
-Solat adalah bukti pengabdian diri seorang hamba kepada Allah s.w.t.. Ia juga tanda seseorang hamba itu beriman kepada Allah s.w.t.. Firman Allah dalam surah al-Zumar ayat 11 yang bermaksud:
"Katakanlan lagi (wahai Muhammad), sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhaskan segala ibadat kepada-Nya."
2. SOLAT MENJADI SUMBER KETENANGAN DALAM DIRI.
-Ibadah solat mampu menjana perasaan tenang dalam diri. Apabila kita bersolat, seluruh jiwa kita serahkan kepada Allah s.w.t.. Ini ada dinyatakan dalam surah al-Ra'd ayat 28 yang bermaksud:
"(iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia."
3. SOLAT MENJADI BENTENG DIRI DARIPADA PERKARA MUNGKAR.
-Solat yang sempurna dari aspek hukum-hukumnya beserta dengan kualiti khusyuk, mampu menjadi perisai kepada perkara-perkara keji dan mungkar. Allah berfirman dalam surah al-Ankabut ayat 45 yang bermaksud:
"Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa-apa yang kamu kerjakan."
 4. SOLAT ADALAH CIRI ORANG YANG BERJAYA.
-Solat adalah perkara utama yang akan dinilai oleh Allah s.w.t.. Pada penilaian Allah, orang yang melaksanakan ibadah solat dengan khusyuk ialah orang yang berjaya di sisi-Nya. Firman Allah dalm surah al-Mu'minun ayat 1-2 yang bermaksud:
"Sesungguhnya berjayalah orang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya."
5. SOLAT ADALAH TANDA SYUKUR.
-Ibadah solat pasti menjadi cermin kepada orang yang mensyukuri nikmat Allah. Sebagai tanda mereka bersyukur kepada Allah, orang yang beriman pasti akan menunaikan solat dengan penuh khusyuk. Allah telah berfirman dalam surah al-Khawthar ayat 1-3 yang bermaksud: 
"Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan-kebaikan yang banyak (di dunia dan akhirat). Oleh itu, kerjaknlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan Engkau, dialah yang terputus (daripada mendapat sebarang perkara yang diinginkan)."

Oleh itu para sahabat, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri. Kita sebagai tunas-tunas Islam terus berusaha menjadi orang yang memakmurkan masjid dan surau dengan ibadah solat dan lain-lain program ibadah. Kerana jika bukan kita yang beragama Islam yang mengimarahkan masjid dan surau, siapa lagi yang menjadi harapan kita jika ia tidak bermula dari kita? Maka sahabat-sahabat, renung diri kita dalam-dalam, moga kita dapat berubah menjadi mukmin yang berjaya dunia akhirat.... Amin..


Sumber: Ustaz Mohamad Zarifi Haji Muhamad Daud, Majalah Gen-Q, Vol. 1, Isu 3, Halaman 82-83